syahadatul haq
Tuesday, 15 March 2011
Ibadah vs maksiat
Assalamulaikum pembuka bicara. Moleklah sekiranya kita sama-sama mengucapkan setinggi kesyukuran kehadrat Ilahi kerana dipertemukan untuk pertama kalinya di dalam blog ini. Mudah-mudahan pertemuan yang singkat dan tidak dirancang ini mendapat keberkatan daripadaNYA yang Maha Esa. Untuk pertemuan yang julung-julung kali ini saya ingin mengajak saudara-saudari merenung kembali perjalanan hidup kita pada hari ini. Adakah ianya hari yang penuh dengan ibadah,zikir dan tafarruk kepada Allah ataupun dipenuhi dengan segala macam maksiat ataupun seimbang antara maksiat dan ibadah? Sekiranya hari kita ini dihiasi dengan memuji kebesaran Ilahi dan mentaati perintahNYA,maka bersyukurlah kita kerana kita masih lagi berada dalam landasan yang benar.Semoga ibadah yang kita lakukan hari ini semakin bertambah baik dari segi kuantiti mahupun kualitinya.Ini bertepatan dengan ayat suci Allah yang berbunyi "Fastaqim kama umirta" yang bermaksud beristiqamalah sepetimana yang telah diperintahkan kepadamu.Tetepi wahai saudara-saudari sekalian,jika hari kita ini dicemari dengan kemaksiatan dan kemungkaran,maka hendaklah kita beristighfar kembali memohon keampunan dan kasih sayangNYA. Ini kerana kita berada dalam zon yang tidak selesa dan iman kita berada pada tahap yang tidak memuaskan. Ingatlah Allah Maha Pengampun. Mungkin sekadar ini sahaja untuk pertemuan kali ini. Insyaallah kita bertemu lagi pada lain waktu dengan izinnya. Wassalam.
Subscribe to:
Posts (Atom)